Isnin, 27 Disember 2010

RESEPI MASAKAN/CRAB MIX SIZZLING

BAHAN-BAHAN:
1 paket kecil yee mi
1 ekor ketam
1 ekor sotong besar yang dipotong bulat
100 gram udang
sedikit kubis bunga

BAHAN UNTUK MEMBUAT SOS:
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung gandum
2 keping cendawan hitam
1 tangkai cili kering
1 sudu makan lada hitam
1 inci halia dipotong nipis
1 biji telur
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUAT:
1.Rebus ketam,udang dan sotong.Selepas masak,angkat semua
makanan laut tersebut.Simpan air rebusannya
2.Tumis lada hitam dan halia.Setelah itu tuang air rebusan makanan laut
tadi bersama sos tiram,udang,sotong,kubis bunga,cendawan hitam,
cili kering,garam dan gula
3.Setelah mendidih,masukkan tepung jagung tang telah dibancuh dengan air sejuk.
kacau seketika.
4.Angkat dan tuangkan di atas yee mi.Hidangkan bersama ketam yang telah
siap direbus tadi..

Selamat menjamu Selera

Tiada ulasan:

Catat Ulasan