Khamis, 30 Disember 2010

RESEPI MASAKAN/KETAM KARI


BAHAN-BAHAN:

2 ekor ketam-dipotong 4
1 senduk kecil serbuk kari
1 biji telur
1 biji bawang besar - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 tangkai cili merah - ditumbuk
Sehelai daun sup
5 helai daun selasih
Daun bawang
Sedikit air
Sedikit garam
Sedikit serbuk ayam

CARA MEMBUAT:
1.Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk hingga garing
2.Masukkan serbuk kari dan sedikit serbuk ayam.Tumis sehingga garing
3.Letakkan ketam ke dalam pes tersebut
4.Pecahkan sebiji telur
5.Masukkan sedikit air bersama cili merah dan garam.Gaul sampai rata
6.Setelah sebati,masukkan daun sup,daun selasih dan daun bawang

SELAMAT MENJAMU SELERA




Tiada ulasan:

Catat Ulasan