Ahad, 26 Disember 2010

RESEPI MASAKAN/SPARE RIB STEAK

BAHAN-BAHAN;
2 keping daging kambing,bahagian rusuk di potong memanjang dan diketuk.
2 sudu besar kicap masin
1 sudu teh serbuk perasa
2 sudu besar sos perasa
sedikit minyak zaitun-untuk memanggang
sedikit lada sulah

BAHAN UNTUK SOS
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
sedikit tepung jagung dan sedikit kicap cair

BAHAN SAMPINGAN/HIASAN
Brokoli
Sebiji kentang yang dibuang kulit dan direbus
kacang panggang bersos
coleslaw
Tomato yang dipanggang

CARA MEMBUAT
1.perap daging kambing dengan kicap masin,serbuk perasa,lada sulah
dan sos perasa selama 15 minit
2.Renjiskan minyak zaitun di atas pemanggang dan panggang daging selama 10 minit
Selepas daging masak,angkat dan letakkan di dalam pinggan
3.Untuk membuat sos pula,panaskan minyak bijian,kemudian masukkan sos tiram,kicap
cair dan tepung jagung.kacau hingga pekat
4.Tuangkan sos di atas daging yang telah dipanggang tadi.hidangkan bersama bahan-bahan
untuk hiasan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan